ISO Procedures Documents

PK-UTM-FKE-(O)-11 : Prosedur Pengurusan Latihan Industri
PK-UTM-FKE-(O)-12 : Prosedur Pengendalian Latihan Industri


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Prosidur Latihan Industri FKE (untuk pelajar)

SEBELUM LATIHAN

  • Pastikan anda telah mendaftar subjek Latihan Industri SE*4925 di AIMS atau melalui Pejabat Fakulti.
  • Hubungi syarikat untuk pengesahan penerimaan tempat LI.
  • Dapatkan maklumat "Contact Person" syarikat (Nama dan no. talipon).
  • Pastikan anda tahu lokasi tempat LI.
  • Sediakan bahan-bahan yang diperlukan oleh syarikat jika diminta.
  • Beli Buku Log LI (bersama poskad jawapan) di Pejabat Fakulti.
  • Sediakan Borang FKE-LP2, LP3 & LP4 serta surat "Indemnity" dan surat tawaran LI.
SEMASA LATIHAN
  • Berpakaian kemas, berdisiplin dan mematuhi segala peraturan syarikat serta menjaga nama baik UTM.
  • Isi borang FKE-LP2 dengan lengkap dan pos ke FKE bersama poskad jawapan (paling lewat - minggu ke 2). Bincang dengan Penyelia Industri untuk mengisi borang FKE-LP3.
  • Penyelia FKE datang melawat. Atur tarikh temujanji.
  • Serah borang FKE-LP4 kepada Penyelia Industri untuk diisi (paling lewat - minggu ke 8). Ambil kembali borang FKE-LP4 (yang sudah diisi) daripada Penyelia Industri pada minggu ke 10.
SELEPAS LATIHAN
  • Siapkan Laporan Akhir Latihan Industri mengikut format yang ditetapkan sepertimana yang tercatat pada maklumat dalam Log Book.
  • Serahkan borang FKE-LP3, FKE-LP4 (yang telah diisi) dan Laporan Industri kepada Penyelia FKE (yang melawat anda) selewat-lewatnya pada minggu ke 13.
  • Anda dinasihati menyediakan 3 salinan Laporan LI. Satu salinan untuk FKE, satu salinan kepada pihak industri dan satu salinan lagi adalah untuk simpanan anda. Laporan Industri merupakan komponen penting dalam permohonan kerja nanti.